Pages

Friday, February 5, 2010

Emma Dapat Bayaran RM108 Juta....Waaa Banyak Tu!!


Pelakon filem Harry Potter, Emma Watson merupakan artis wanita Hollywood yang menerima bayaran tertinggi pada tahun lalu.
 
Emma yang berusia 19 tahun itu menerima bayaran lebih tinggi berbanding aktres Cameron Diaz, Angelina Jolie dan Sarah Jessica Parker. 

Diaz mendapat pendapatan sebanyak £17.21 juta (RM26.99 juta) dan Jolie memperoleh £13.38 juta (RM20.98 juta). 

Emma mendapat pendapatan sebanyak £20 juta (RM108 juta) untuk berlakon dalam dua filem Harry Potter, Deathly Hallows I dan Deathly Hallows II.

Menurut sumber-sumber Hollywood, pelakon filem Harry Potter, Daniel Radcliffe mendapat pendapatan £25 juta (RM135.24 juta) dalam dua buah filem mengenai ahli sihir itu.

Dia memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding pelakon Johnny Depp dan Robert De Niro.

Pengarah filem Tranformers, Michael Bay menduduki tempat pertama bagi selebriti Hollywood lelaki dengan memperoleh pendapatan sebanyak £78.12 juta (RM122.50 juta) dengan Steven Spielberg memperoleh pendapatan £53.1 juta (RM83.28 juta) berada di tempat kedua. 

Pengarah filem Avatar, James Cameron menduduki tempat keempat dengan memperoleh £31.25 juta (RM49.01 juta).
 
p/s: Waaa...dlm usia muda dah dpt income sbyk tu...entah bila minahkepoh dpt merasa duit sbyk tu ya??

No comments:

Post a Comment