Pages

Monday, February 8, 2010

Natalie Cium Wanita, Bukan Realiti Tapi Lakonan

AKTRES jelita, Natalie Portman berasa gusar apabila dia terpaksa bercium dengan aktres Mila Kunis dalam filem terbarunya, Black Swan. Selain daripada itu, Natalie juga diperlukan untuk berlakon dalam babak seks intim dalam filem seram itu bersama Mila.

Ini membuatkan Natalie bergelut untuk menangani perasaan gementar sebelum dapat menjayakan semua babak yang diperlukan. Katanya: “Saya amat gusar. Pada masa itu saya hidup dalam ketakutan dalaman.”

Natalie, yang sebelum ini pernah melakonkan babak bogel untuk filem pendek Hotel Chevalier juga bimbang babak seks lesbian itu akan membayangi plot filem dan juga khuatir dia akan dipandang remeh sebagai aktres.

Tambahnya: “Bogel adalah sesuatu yang semula jadi tetapi dalam filem ia agak boleh menjadi satu gangguan. Saya tidak dapat menolak Black Swan. Projek itu merupakan satu peluang besar untuk menunjukkan sisi baru saya. Sampai bila saya mahu memainkan watak ibu yang baik? 

“Cuma apa yang menjadi masalah kepada saya adalah sekeping gambar babak itu telah dirakam dan sudah diletakkan di Internet.”

Aktres itu yang mengambil jurusan psikologi di Kolej Harvard ketawa apabila dia dinamakan sebagai salah seorang pelakon paling bijak di Hollywood semasa merakamkan prekuel Star Wars.

“Saya boleh mengesahkan bahawa saya bukan aktres paling bijak di dunia,” ujar pelakon berusia 28 tahun itu...petikan:Kosmo.

p/s: Tak sangguplah nk kiss perempuan lain....gelik.

No comments:

Post a Comment