Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Monday, April 26, 2010

Tara Reid Batal Perkahwinan....Kenapa Pula?


AKTRES Tara Reid telah membatalkan perkahwinannya. Dia yang berusia 34 tahun sebelum ini bercadang untuk berkahwin dengan usahawan Internet, Michael Axtmann pada bulan Mei ini selepas bertunang secara mengejut.

Namun, rancangan itu kini telah dibatalkan. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pelakon itu: "Tara Reid telah mengesahkan bahawa dia tidak akan melangsungkan perkahwinannya pada 22 Mei nanti."

Awal minggu lalu, Tara telah mengubah status hubungannya di laman sosial Facebook kepada bujang sehingga menimbulkan spekulasi bahawa perkahwinan itu telah dibatalkan.

Sunday, April 25, 2010

Lindsay Curi Jam Rolex RM112,000? Betul ke Ni?


Penyanyi kontroversi, Lindsay Lohan sekali lagi menjadi tumpuan media apabila beliau disoal-siasat polis selepas sebuah jam Rolex bernilai AS$35,000 (RM112,000) dilapor hilang. 
 
Sumber lain mendakwa satu daripada jam yang hilang kemungkinan besar dipakainya.

Peguam Lindsay bagaimanapun menegaskan tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

Wednesday, April 21, 2010

Tahniah: Ajai Dapat Anak Perempuan Hasil Perkahwinannya Dengan Norliza

 
Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias di sini semalam. 
 
Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh di sini.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 35, yang sentiasa berada di sisi isterinya, bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan kedua saya ini lahir dengan selamat dan sihat. Saya terlalu gembira dan teruja, tidak tahu hendak digambarkan perasaan saya ketika ini," ujarnya...petikan KOSMO

Zizie & Buang: Poligami Tanpa Kebenaran

Ooo..rahsia dh tbongkar.
Kahwin senyap2 ke ni...he3.

 
Perkahwinan kontroversi aktres Zizie Ezette Abd. Samad dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kembali hangat semalam apabila mereka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan berpoligami dan bernikah tanpa kebenaran pendaftar. 
 
Zizie, 32, dan Bung Mokhtar, 51, masing-masing didakwa bagi kedua-dua pertuduhan tersebut serta dua lagi pertuduhan bersubahat mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad.

Zizie didakwa di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar manakala Bung Mokhtar pula didakwa mengikut Seksyen 124 enakmen sama kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Saturday, April 17, 2010

Katrina Kaif Mahu Jahwin & Mempunyai Anak

Impian mahu kahwin & mpunyai anak mmg lumrah dlm kehidupan kita.
Semua org mahukan...tk terkecuali juga kpd artis ni.




NALURI Katrina Kaif kini sedang meronta-ronta. Walaupun sering dilabel figuratif seksi Bollywood, pelakon yang semakin selesa membina nama dan karier ini tidak dapat menolak keinginannya untuk berumahtangga serta mempunyai ramai anak.

 
Dalam satu temuramah bersama baru-baru ini, wanita berusia 24 tahun itu menyuarakan nalurinya: "Saya sangat berharap dapat membina mahligai perkahwinan. Saya mempunyai keinginan untuk mempunyai keluarga dan anak-anak. Aspek itu yang belum saya kecapi."

Al-Fatihah Buat Arwah Achik Spin

Baru tahu psl berita ni td.
Terkejut juga dgr.
Mudahan roh Achik Spin didcucuri rahmat.
Al-Fatihah buat beliau.


SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Friday, April 16, 2010

Rahsia Seks Selebriti Hollywood

Dunia artis Hollywood mcm2 kan.
Rahsia seks pun diceritakan.


SELEBRITI seperti pasangan David dan Victoria Beckham, supermodel Heidi Klum, dan aktres seksi, Megan Fox mempunyai cara tersendiri untuk menghangatkan kehidupan seks mereka. Media Britain, The Sun baru-baru ini mendedahkan rahsia seks beberapa selebriti terkenal.

Jika David dan Victoria Beckham sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan anak perempuan dengan melakukan seks sebanyak lima kali sehari, supermodel Heidi Klum pula memberitahu dia dan suaminya, Seal tidak memerlukan sebarang gimik seksi di bilik tidur sebelum mereka melakukan hubungan seks.

Tuesday, April 13, 2010

Kekasih Krisdayanti Suami Orang Punca Beliau Berpisah

Emm...agak tegas juga pendirian Krisdayanti ye.
Bila melihatkan status suami org.
Beliau btindak terus bpisah dgn kekasihnya itu.
Harap mcm tulah.

Sumber:Kosmo

Penyanyi lagu Menghitung Hari, Krisdayanti mendedahkan punca dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Raul Lemos selepas mereka menjalin hubungan hampir tujuh bulan.
 
"Saya mengenal dan menjalin hubungan dengannya mulai Oktober atau November lalu dan ketika itu saya sudah sah menjadi janda," katanya yang menafikan Lemos menjadi punca penceraiannya.

Bekas isteri penyanyi Anang Hermansyah itu memberitahu, pada mulanya dia tidak tahu bahawa status sebenar Raul semasa mereka menjalin hubungan.

Monday, April 12, 2010

Jadual Seks Victoria....Impian Ingin Mendapat Anak Perempuan

Siapa tk mahu anak perempuan.
Semua mahukan...kita doakan pasangan ni jg dpt anak perempuan.
VICTORIA Beckham dan suaminya, David mengadakan hubungan seks sebanyak lima kali sehari dengan matlamat mahukan seorang lagi anak. Bekas anggota kumpulan Spice Girl itu yang sudah mempunyai tiga orang anak lelaki itu terdesak untuk mendapatkan anak perempuan. Justeru, dia dan David telah mengubah jadual supaya mereka mempunyai lebih banyak masa bersama.

Mereka baru-baru ini telah memulakan rejim seks baru ketika bercuti di kepulauan Caribbean tetapi jadual itu tertangguh sekarang apabila David berada di Los Angeles dan Victoria pula berada di London untuk bekerja.
David, 34, memberitahu dia sentiasa bersedia tetapi penat dan kini sedang mendapatkan tenaga untuk menantikan kepulangan Victoria, 35.

Sunday, April 11, 2010

Fasha Sandha & Nora Danish Berbalah Lagi

Kadang2 bosan jg dgn kerenah 2 artis ni.
Tk sudah2 dgn kisah mrk...dunia artis biasalah!!


Sumber: mymetro
 
Episod ‘bidas membidas’ Fasha dengan Nora bermula dari Ahad hingga Rabu lalu sebelum Nora dikatakan menghentikan mesej yang ada kaitan dengan Fasha. 

Perkara ni bermula apabila Nora dikatakan menghantar mesej perkataan ‘boo boo boo’ menggunakan Twitter selepas Fasha di ‘boo’ penonton ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena Of Starz Genting Highlands, Ahad lalu.

Fasha, bila ditanya berhubung isu konfliknya dengan Nora yang dikatakan mula mendidih balik. Fasha menyerahkan peminat untuk menilai sendiri situasi tersebut.

Friday, April 9, 2010

Tahniah Buat Afdlin Shauki Sekeluarga Atas Kelahiran Warga Baru Dalam Family

Minahkepoh nk ambil kesempatan yg ada...
Nk ucapkan tahniah buat Afdlin sekeluarga atas kelahiran warga baru dlm family beliau.

Bestnye dpt org baru ni.
Lebih2 lg, comel gitu.


Ileana Matin Shauki lahir pada jam 3 pagi, 9 April 2010 merupakan anak ketiga Afdlin dan isteri, Christina Orow. 
Mereka mempunyai dua orang anak perempuan, Miasara, 11, dan Anais, 9.
Berita gembira ini telah dikongsi beliau di dalam Facebooknya.

Kemunculan Zizie Bersama Suaminya Di majlis Anugerah Bintang Popular 2009 Mengejutkan Semua Pihak

Sumber:KOSMO

Kemunculan Zizie bersama suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu benar-benar mengejutkan banyak pihak.
 
Pertama, terkejut kerana penampilan seksi Zizie dan kedua, tertanya-tanya dalam pada Zizie yang selama ini cuba bersembunyi, kini dia secara terang-terangan pula menayangkan suaminya kepada khalayak.

Katanya yang dihubungi sehari selepas majlis berlangsung, dia tidak pernah berasa takut untuk membawa suaminya ke mana-mana termasuklah ke majlis bertaraf nasional.

Tuesday, April 6, 2010

Shahid, Anushka Bercakaran.....Bukan Bercakaran Macam Kucing Dengan Anjing Sudahlah!



ENTAH di mana silapnya pasangan hero dan heroin filem Badmash Company, Shahid Kapoor dan Anushka Sharma telah berselisih faham di set penggambaran.

Ketika itu penggambaran dilakukan di studio Zoom membabitkan adegan suatu temu bual yang membabitkan watak lakonan Shahid dan Anushka. Pada mulanya ia berjalan lancar, namun Shahid tiba-tiba menunjukkan sikap kurang senang terhadap Anushka. 

Monday, April 5, 2010

AF 8: Anum Tersingkir, Undian SMS Tidak Menyebelahinya


Anum, 19 pelajar AF8 yang berasal dari Tawau, Sabah tersingkir malam ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. 

Walaupun Anum menunjukkan persembahan yang baik pada minggu ketiga ini menerusi lagu Kau Atau Aku tapi disebabkan Anum menerima undian SMS yang terendah iaitu 8.73 peratus, Anum tersingkir.

Boleh dikatakan sepanjang tiga minggu ini, Anum mendapat kritikan positif oleh para pengkritik terutama pengkritik tetap, Adlin Aman Ramlie dan Aznil Nawawi.