Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Monday, January 25, 2010

Scorpions Mahu Bersara Selepas Ditubuhkan 1961


Band rock terkenal dari Jerman, Scorpions melabuhkan tirai nyanyian mereka selepas empat dekad menceburkan diri dalam industri muzik, lapor laman web kumpulan berkenaan semalam.
 
Band yang popular dengan lagu Wind of Change itu menyatakan bahawa anggota-anggota kumpulannya sepakat bahawa kerjaya muzik mereka sudah sampai ke penghujungnya.

Menurut laman web itu, anggota-anggota band tersebut akan menamatkan kerjaya muzik mereka selepas album terakhir, Sting In The Tail diterbitkan pada Mac ini.

Ia menyatakan satu konsert jelajah akan bermula di Jerman pada Mei depan sebelum diadakan di beberapa tempat lain di dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pemain gitar band itu, Rudolf Schenker menubuhkan kumpulan Scorpions di Hannover, Jerman pada 1965.

Penyanyi Klaus Meine mula menyertai band tersebut beberapa tahun kemudian dan dia kini berusia 61 tahun. - AP

No comments: