Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Friday, July 17, 2009

Khairel Khamis Meninggal Dunia

Penyanyi dan pelakon era 1980-an, Khairel Khamis, 53 meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 6.20 pagi ini kerana penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Khairel atau nama penuhnya Khairudin Khamis menghidap darah tinggi dan kencing manis sejak beberapa lama. Allahyarham mengadu sesak nafas pada pukul 4.00 pagi dan dibawa ke sebuah klinik di Taman Melawati sebelum dibawa ke HKL.

"Semasa dalam ambulans ke HKL arwah dah tidak bergerak lagi," kata anak angkatnya, pelakon Aeril, 21, yang menemani Allahyarham ke klinik dan ke HKL.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Besi sebelum solat Jumaat. Sebelum itu jenazah dimandikan di HKL dan dibawa ke masjid di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi untuk disembahyangkan.

Alfatihah untuk arwah, Moga rohnya dicucuri rahmat...Amen.

No comments: