
Wanita berdarah Melayu-Ireland ini sentiasa nampak ceria di depan kaca televisyen bijak menyembunyikan kisah cerainya itu kerana dia menyimpan segala dukanya seorang diri.
"Semasa bercerai, jadual kerja saya sangat sibuk dan ketika itu saya sibuk dengan Diari Akademi Fantasia, jadi saya dapat lupakan kesedihan dan memberi tumpuan kepada kerja.
"Sebenarnya sebelum melangkah keluar dari rumah, saya telah menangis sepuas-puasnya dan apabila berada di tempat kerja, saya akan melemparkan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku. Saya tak mahu orang melihat saya bersedih," ujarnya.
No comments:
Post a Comment