Pengarah filem terkenal, Yasmin Ahmad, 51, yang tidak sedarkan diri kini stabil selepas menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara semalam.
Pembedahan selama lebih sejam yang bermula pada pukul 6 petang itu berjaya mengeluarkan darah beku dari kepalanya.
Sebelum itu, pengarah filem Sepet itu dikejarkan ke hospital tersebut selepas tidak sedarkan diri semasa bermesyuarat bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, suaminya Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studio, Farisha Pawanteh di Sri Pentas, TV3.
Diharapkan beliau cepat sembuh & selamat...amen.
No comments:
Post a Comment