Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Ulang Tahun Ke 3 Buat Siti Nurhaliza & Dato' K

BERKAT RAMADAN. Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 30, menyambut ulang tahun ketiga perkahwinannya dengan Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa, 51, malam tadi dengan mengadakan majlis doa selamat dan sembahyang terawih di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Siti mengharapkan berkat bulan Ramadan untuk perkahwinan itu kekal bahagia.

"Semoga kesetiaan kami bertambah kukuh, selama ini pun kami sudah bahagia,'' katanya pada majlis itu yang dihadiri lebih 200 tetamu.

Antara yang hadir ialah ibu Siti, Siti Salmah Bachik, kakak iparnya, Zaiton Mohamad Jiwa dan penyanyi Aizat.

Pasangan itu yang belum mempunyai anak diijabkabulkan pada 21 Ogos 2006...KOSMO.

p/s: Minahkepoh doakan Siti Nurhaliza & Dato K berbahagia hendaknye. Salam ramadhan.

No comments: