DISEBABKAN karier lakonannya di layar lebar semakin mendapat perhatian, aktres Katherine Heigl mungkin tidak lagi terlibat dengan drama bersiri kedoktoran popular Grey's Anatomy.
Walau bagaimana aktres yang pernah membintang filem Knocked Up itu dikatakan hanya akan berehat daripada Grey's Anatomy buat sementara waktu. Dia sebelum ini pernah merungut tentang jadual penggambaran drama berkenaan yang mengambil masa lama dan perlu memberi sepenuh perhatian bagi memastikan karakternya sebagai Izzie menerusi siri berkenaan.
"Katherine mahu menumpukan perhatian terhadap filem. Kami sendiri tiada masalah dengan pengunduran Katherine dan bagi memastikan tempat Izzie ada pengganti, seramai 13 orang pelakon sambilan telah diuji bakat," beritahu jurucakap drama bersiri berkenaan kepada media antarabangsa...sumber:KOSMO.
No comments:
Post a Comment