Tahniah...tahniah..akhirnye dapat gelaran Datuk juga ye..atas jasa beliau memartbatkan seni tanah air.
Penyanyi popular irama pop yeh yeh tahun 60-an, Jeffrydin atau nama sebenarnya Jefrydeen Imbrom Soekaman dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-71 hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Omar Kaseh berkata, Jeffrydin akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).Jeffrydin, 62, yang berasal dari Singapura popular dengan lagu-lagu Kenanganku, Siti Haida dan Mas Mona.
Beliau ketika dihubungi menyifatkan anugerah itu sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam memartabatkan bidang seni suara selama 40 tahun.
No comments:
Post a Comment