Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Thursday, October 22, 2009

Konsert Siti Nurhaliza 14 November


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengadakan sebuah lagi konsert iaitu Seribu Warna Datuk Siti Nurhaliza tidak lama lagi.
 
Konsert sempena sambutan ulang tahun ke-17 Hai-O Marketing Sdn. Bhd. itu diadakan khusus kepada ahli-ahli syarikat jualan langsung terkenal itu dan para peminat.

Konsert selama dua jam itu akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 14 November nanti bermula pukul 8.30 malam dan dijangka dihadiri kira-kira 10,000 penonton.

Selain Siti Nurhaliza sebagai penyanyi utama, beberapa artis lain akan turut melibatkan diri dalam konsert tersebut iaitu penyanyi-penyanyi di bawah Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) seperti Saida, Saerah dan Coda.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau cukup berbangga apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Hai-O sempena sambutan ulang tahun syarikat itu...KOSMO

No comments: