Peminat sinetron Bawang Putih Bawang Merah, pasti amat mgenali pelakon ni, Nia Ramadhani. Beliau & ahli perniagaan, Ardie Bakrie akan melangsungkan pernikahan mereka pada bulan april tahun depan bsamaan bulan kelahiran beliau.
Pada 17 Oktober lalu, Nia telah dilamar oleh Ardie untuk menjadi isterinya. "Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Keluarga saya telah menemui keluarga Nia dan meminta izin. Alhamdulillah kami diberi restu," kata Ardie.
Melamar Nia di Jalan Benda, Ciganjur, Jakarta Selatan, bagi Ardie, mendirikan rumah tangga bersama Nia adalah perkara yang terbaik untuknya.
Selepas selesai majlis pertunangan, Ardie dan Nia gembira dan berharap mereka akan kekal bahagia. "Alhamdulillah, saya bahagia dan semoga kami akan membina sebuah keluarga yang baik," tutur Ardie.
Ardie juga memberitahu bahawa dia dan Nia akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada April depan.
"Harap-harap kami dapat bernikah pada bulan April tahun depan. Ini kerana hari jadi saya dan Nia jatuh pada bulan April. Tapi buat masa ini saya tidak pasti dengan tarikhnya.
No comments:
Post a Comment