Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Tuesday, November 3, 2009

Naluri Lindsay Lohan kembali Suka Lelaki


EL JADIDA - Selepas hangat bercinta dengan seorang wanita, selera aktres Lindsay Lohan (gambar) didakwa kembali normal setelah dia dilihat hangat bercium dengan aktor kelahiran Scotland, Gerard Butler, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa saksi berkata, pasangan itu bagaikan belangkas selepas berkenalan ketika menghadiri majlis pembukaan sebuah resort tepi pantai di sini pada hujung minggu lalu.

"Saya terdengar Lohan memberitahu rakannya, dia (Butler) amat kacak, dia kepunyaan saya," kata sumber.
Dia kemudian cuba menggoda Butler dan pelawaan untuk menari disambut baik oleh aktor tersebut yang popular sebagai King Leonidas dalam filem epik berjudul 300.

Mereka kemudian dilihat menari bersama sebelum bermesra pada majlis tersebut di Maghribi yang turut dihadiri beberapa selebriti Hollywood termasuk aktres Naomi Watts. - Agensi

p/s: Baguslah kembali normal. Buat pkara tbalik ni, tk bagus. Buat dosa je.

No comments: