Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Tuesday, December 22, 2009

Fergie Suka Wanita?...Alahai Macam2 Hal


PENYANYI kumpulan Black Eyed Peas, Fergie yang mendirikan rumah tangga dengan aktor Transformers, Josh Duhammel pernah membuat kejutan awal tahun ini apabila mendedahkan mahu menjadi seorang biseksual.
Bukan satu rahsia lagi apabila dia pernah memuji kecantikan dan tubuh langsing selebriti lain, Fergie tanpa berselindung mengaku bernafsu apabila melihat bentuk badan wanita yang menggiurkan.
Biarpun begitu, tegas Fergie, dia tidak pernah sesekali mempunyai niat untuk berlaku curang terhadap suaminya dengan menjalinkan hubungan intim dengan wanita lain.



Beritahu Fergie kepada majalah Cosmopolitan, dia benar-benar 'meraikan' keindahan kaum Hawa walaupun sudah mendirikan rumah tangga.
"Tiada salahnya kalau saya suka tengok wanita cantik lain meskipun memiliki komitmen sebagai seorang isteri. Itu cerita lain. Tetapi, saya tidak malu untuk berterus-terang yang saya memuja kecantikan wanita," jelasnya serius.
Dalam waktu sama, selebriti berusia 34 tahun itu memberitahu yang dia sudah mula mengurangkan aktiviti sosialnya berparti bersama teman-teman di pusat hiburan.
"Kehidupan silam itu memang berbeza daripada yang dialami selepas berkahwin. Bayangkan apabila hampir setiap masa saya melepak di pusat hiburan sehingga menjelang subuh.
"Tetapi tidak dinafikan, saya masih menyukai atmosfera di kelab malam sambil melihat pakaian yang digayakan oleh pengunjung lain. Cuma sekarang saya tidak lagi mengambil dadah dan merosakkan diri sendiri seperti sebelum-sebelumnya.
"Saya bukan lagi berusia 20-an. Kini saya sudah kurang keluar rumah pada waktu malam untuk bersuka-ria seperti dulu," akui Fergie....petikan:KOSMO

p/s: Mmg peliklah manusia skrg. Dah Tuhan cipta baik2, lain pula keinginannya. Petanda akhir zaman. 

No comments: