Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Friday, December 4, 2009

Lady Gaga Bersedih



PENYANYI yang popular dengan lagu Poker Face berperang untuk melawan kerinduannya terhadap keluarga kerana semakin sibuk dengan kerja seni.
"Kelemahan saya adalah kesunyian ketika bekerja dan melakukan pengembaraan yang panjang. Saya menjadi sedih dan ia sukar untuk dipulihkan.
"Paling sedih adalah ketika saya berada di Australia pada bulan Mei. Saya terlalu sedih dan saya tidak tahu kenapa ia berlaku," ujarnya.
Meskipun dalam mood yang sedih penyanyi itu mengatakan kesedihannya mendorongnya untuk menulis dan mencipta lagu yang terbaik.
"Saya pergi ke studio dan duduk di situ berjam-jam lamanya. Tiba-tiba saya menjadi sedih bila terkenang bapa saya, lalu saya terus mencipta sebuah lagu indah khas untuknya.
"Saya masih ingat sebelum buat persembahan air mata saya menitik tetapi berwarna hitam kerana maskara meleleh. Saya katakan pada diri, kesedihan membuatkan saya lebih kuat dan itulah yang berlaku pada diri saya ketika ini," tuturnya.(Sumber:Kosmo)

No comments: