Pemain bola sepak, David Beckham khabarnya ditolak untuk membawa watak cameo dalam siri kartun terkenal The Simpsons kerana penerbit siri kartun itu beranggapan David tidak cukup terkenal.
Nama David tersohor kerana menjadi ikon fesyen seluar dalam Armani dengan gambar papan iklannya terpampang di seluruh dunia selain menjadi suami kepada selebriti popular Victoria atau dikenali sebagai Posh Spice.
Namun, nama David belum cukup kuat di Amerika Syarikat untuk dijadikan karakter kartun bagi bergandingan bersama watak Bart dan Homer.Produser Eksekutif Simpsons, Al Jean memberitahu The Daily Mirror: "Saya terpaksa menelefon David Beckham untuk meminta maaf. Saya rasa namanya tidak cukup besar untuk penonton Amerika.
"Ramai juga yang marah dengan keputusan yang dibuat. Mereka memberitahu saya mungkin juga nama George Best pun tidak cukup terkenal untuk siri kartun itu."..petikan:KOSMO
No comments:
Post a Comment