Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Monday, February 15, 2010

Vidya Mahukan Watak Gelap...Watak Gelap Macam Mana Tu??

FILEM Ishqiya dilihat mencetuskan kejayaan buat pelakon jelita, Vidya Balan apabila namanya hangat diperkatakan lalu ditempatkan sebaris nama-nama hebat dunia lakonan Bollywood seperti Kareena Kapoor, Katrina Kaif, Priyanka Chopra, Aishwarya Rai dan Bipasha Basu.

Banyak perubahan yang berlaku kepada Vidya selepas dia membintangi filem tersebut. Mahukan lebih cabaran, Vidya memberitahu dia teringin melakonkan watak wanita jahat dan bersisi gelap.

"Membawakan watak Krishna dalam Ishqiya memperlihatkan sikap saya yang sukar diterjemahkan oleh penonton. Krishna menjadi wanita berhati mulia dan pupuk sepenuh kecintaan terhadap lelaki yang disayanginya.

"Kini saya mahukan kelainan dalam karya terbaru. Kalau boleh saya ingin jadi wanita jahat demi menonjolkan kepelbagaian diri dalam bidang lakonan. Saya teringin memegang peranan gelap buat pertama kali.

"Sebagai pelakon, kebolehan saya dapat diuji dengan melakonkan watak meninggalkan impak dibenci penonton. Tidak kisah dengan nista orang di luar sana. Tetapi saya nekad mahu mencuba watak berbeza.

"Saya juga bercita-cita mahu muncul di layar perak dengan peranan wanita jalang. Tidak kisahlah sama ada ditindas atau merelakan diri menjadi wanita kotor sehingga sanggup menjual maruah sendiri.

"Tidak sabar rasanya hendak mendengar pengarah memuji mutu lakonan saya dalam fizikal berbeza. Siapa kata wanita jahat tidak boleh jadi heroin dalam sesebuah filem?" soal Vidya...petikan:Kosmo

No comments: