Jom terjah, apa kes dgn minah ni!!
DAHULU, sebelum bergelar penyanyi, wanita ini tidak pernah rasa hebat, apalagi merasakan dirinya cantik berbanding gadis-gadis lain.
Namun, bila mula bergelar penyanyi, barulah Mariah Carey sedikit yakin bila dia diajar cara-cara untuk kelihatan cantik ketika bergambar.
"Walaupun sudah berusia 20 tahun, saya rasa malu dengan wajah saya dan percaya ada orang sedang memandang wajah saya dengan pemikiran yang agak negatif.
"Kemudian bila mula bergelar penyanyi, jurufoto yang mengambil gambar saya memberitahu bagaimana untuk beraksi cantik dan dia memberitahu,'bahagian wajah awak dari sudut ini lebih elok berbanding ini'.
"Bukan mudah untuk membina keyakinan diri saya, sebab itu saya sering berpindah randah ketika kecil," kata Mariah kepada Contactmusic.
Tambahnya lagi, selain tidak yakin dengan kecantikan, dia juga berasa rendah diri setiap kali berdepan dengan teman-temannya, kerana memiliki darah campuran Amerika-Afrika.
No comments:
Post a Comment