Impian mahu kahwin & mpunyai anak mmg lumrah dlm kehidupan kita.
Semua org mahukan...tk terkecuali juga kpd artis ni.
NALURI Katrina Kaif kini sedang meronta-ronta. Walaupun sering dilabel figuratif seksi Bollywood, pelakon yang semakin selesa membina nama dan karier ini tidak dapat menolak keinginannya untuk berumahtangga serta mempunyai ramai anak.
Dalam satu temuramah bersama baru-baru ini, wanita berusia 24 tahun itu menyuarakan nalurinya: "Saya sangat berharap dapat membina mahligai perkahwinan . Saya mempunyai keinginan untuk mempunyai keluarga dan anak-anak. Aspek itu yang belum saya kecapi."
Namun dalam kesibukan merencana keluarga dan anak-anak, dia masih belum nampak perkara itu akan berlaku dengan dalam masa terdekat. Katrina yang sudah beberapa tahun berpacaran dengan pelakon, Salman Khan masih sibuk membina kariernya. Jadual padatnya sebagai pelakon masih belum membolehkan dia merealisasikan naluri wanitanya...petikan:KOSMO
No comments:
Post a Comment