Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Tuesday, April 13, 2010

Kekasih Krisdayanti Suami Orang Punca Beliau Berpisah

Emm...agak tegas juga pendirian Krisdayanti ye.
Bila melihatkan status suami org.
Beliau btindak terus bpisah dgn kekasihnya itu.
Harap mcm tulah.

Sumber:Kosmo

Penyanyi lagu Menghitung Hari, Krisdayanti mendedahkan punca dia memutuskan hubungan dengan kekasihnya, Raul Lemos selepas mereka menjalin hubungan hampir tujuh bulan.
 
"Saya mengenal dan menjalin hubungan dengannya mulai Oktober atau November lalu dan ketika itu saya sudah sah menjadi janda," katanya yang menafikan Lemos menjadi punca penceraiannya.

Bekas isteri penyanyi Anang Hermansyah itu memberitahu, pada mulanya dia tidak tahu bahawa status sebenar Raul semasa mereka menjalin hubungan.
Menurutnya, seorang wanita mengaku pernah menjadi isteri Lemos menyebabkan dia berasa bersalah menjadi kekasih ahli perniagaan tersebut.

"Saya tidak mahu berhubungan dengan suami orang. Kepada isteri Lemos, saya mohon maaf. Saya dan Lemos sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi," tegasnya yang mempunyai dua anak sambil mengalirkan air mata. - Agensi

No comments: