Sumber:KOSMO
Kemunculan Zizie bersama suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin pada majlis Anugerah Bintang Popular 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Pertama, terkejut kerana penampilan seksi Zizie dan kedua, tertanya-tanya dalam pada Zizie yang selama ini cuba bersembunyi, kini dia secara terang-terangan pula menayangkan suaminya kepada khalayak.
Katanya yang dihubungi sehari selepas majlis berlangsung, dia tidak pernah berasa takut untuk membawa suaminya ke mana-mana termasuklah ke majlis bertaraf nasional.
"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak nampak kenapa saya perlu bimbang untuk membawa suami saya ke mana sahaja, kami sudah sah sebagai suami isteri.
"Walaupun itu kali pertama saya berjumpa peminat selepas berkahwin, saya amat terharu kerana mereka masih memberi sokongan. Nampaknya, seperti tiada yang berubah, malah, mereka siap jerit tahniah dan selamat pengantin baru kepada saya, begitu juga dengan teman-teman artis," ujarnya.
Ditembak pertanyaan, dengan statusnya sebagai isteri kedua tidakkah dia bimbang kehadiran mereka pada majlis tersebut akan mengguris perasaan isteri pertama Bung. Zizie bagaimanapun tidak melihat perkara tersebut sebagai satu masalah.
p/s: Emmm....baru nk tayang suami npknye, tk pelah dah sah suami isteri bolehlah bw p mana2 pun. Jgn jeles ok!!
No comments:
Post a Comment