Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Saturday, May 8, 2010

Taylor Swift Derma RM1.6 Juta Untuk Mangsa Banjir.....Murahnya Hati Taylor Ni Ye

Contoh artis yang bagus.
Rezeki diderma untuk kebaikan.

Penyanyi remaja popular, Taylor Swift bermurah hati menyumbangkan sejumlah AS$500,000 (RM1.6 juta) bagi membantu mangsa banjir di Nashville.
 
Pengumuman itu dibuat dalam program Flood Relief with Vince Gill and Friends yang disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan, WSMV malam semalam.

Sumbangan tersebut akan disalurkan terus kepada pelbagai pertubuhan kemanusiaan bencana banjir di bandar yang terjejas teruk akibat ribut dan banjir yang mengorbankan 30 mangsa di tiga buah negeri termasuk 20 orang di Tennessee.

Sumbangan itu diumumkan oleh pengacara program berkenaan selepas Swift selesai menghadiri satu sesi temu bual sempena konsert jelajahnya di Des Moines, Iowa.

Swift berpindah ke Nashville semasa berusia 14 tahun.

"Berada di rumah ketika ribut itu melanda, sememangnya saya tidak percaya apa yang sedang berlaku ke atas orang-orang yang saya sayangi dan bandar ini," katanya kepada The Associated Press menerusi e-mel.

"Nashville ialah rumah saya, dan sebab mengapa saya mampu lakukan apa yang disukai. Saya selalu berbangga menjadi warga Nashville, terutamanya sekarang, melihat rasa sayang yang menyelubungi bandar ini ketika penduduk berhadapan dengan krisis," katanya.

Kos pembaikan dan pembersihan dianggarkan menelan belanja lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion).

Beribu-ribu rumah dilaporkan mengalami kemusnahan termasuk beberapa mercu tanda penting di bandar muzik itu.

Rayuan untuk sumbangan kepada pertubuhan kebajikan telah dimulakan awal dan bakat-bakat muzikal Nashville daripada artis berkumpulan tempatan, kelab serta bintang popular turut tidak ketinggalan menyumbangkan masa dan wang untuk menjayakan usaha itu. - AP...Utusan Online

No comments: