Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Monday, June 7, 2010

Johnny Dihantui Mimpi Ngeri


AKTOR Johnny Depp telah mendedahkan bahawa dia bergelut dengan mimpi ngeri semasa menjalankan penggambaran filem Alice In Wonderland. Johnny berkata, watak Mad Hatter lakonannya menyebabkan mindanya penuh dengan pemikiran buruk sehingga menghantui tidur.

Jelas Johnny: "Saya mengalami mimpi pelik yang ngeri. Saya tidak mengingati mimpi itu secara spesifik tetapi rasanya ia tidak ada kaitan dengan cerita filem itu. Apa yang saya ingat adalah bermimpi mengenai Alan Hale.

"Dia yang membawa watak sebagai Skipper dalam sitkom Gilligan Island mengejar saya di sepanjang jalan di Hollywood."

Namun, masalah tidur Johnny agak berbaloi apabila Alice In Wonderland dikatakan telah mengutip AS$1 bilion di pasaran dunia minggu lalu. 

Itu merupakan rekod yang pernah dicipta oleh filem seperti Avatar, Titanic, Pirates of the Carribean: Dead Man's Chest, The Lord of the Rings: Return of the King dan The Dark Knight.

Alice in Wonderland merupakan filem pertama Johnny pada tahun 2010....petikan:Kosmo

No comments: