BINTANG program realiti TV, Khloe Kardashian dilaporkan sedang mengandung. Dia yang berkahwin dengan pemain bola keranjang pasukan Lakers, Lamar Odom pada September lalu selepas bercinta selama sebulan dikatakan kini hamil dua bulan.
Khloe mendapat inspirasi untuk menambahkan ahli keluarga daripada kakaknya, Kourtney yang melahirkan anak pertamanya, Mason, lima bulan lalu. Menurut satu sumber terdekat keluarga Kardashian: "Khloe mendapat inspirasi daripada Kourtney dan Lamar sangat gembira untuk menjadi ayah."
Dipercayai berita mengandung itu akan diumumkan secara formal dalam program Keeping Up With The Kardashians. Namun menurut satu sumber, Lamar tidak mahu anaknya terlibat secara langsung dalam program tersebut.
"Mereka amat gembira tetapi Lamar tidak mahu mendedahkan anaknya dalam program TV. Dia tidak suka kehidupan peribadinya menjadi tatapan ramai," tambah sumber itu.
Khloe sebelum ini pernah berbicara dengan Lamar mengenai perancangan untuk melahirkan anak. Kata Khloe: "Saya tidak tergesa-gesa tetapi kami berdua mahu anak. Rasanya kami berada dalam situasi yang ideal untuk melahirkan anak.
"Lamar sudah mempunyai dua orang anak, Destiny dan Lamar Jr. tetapi dia tidak sabar untuk memulakan keluarga dengan saya."..petikan:Kosmo
No comments:
Post a Comment