Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Friday, January 15, 2010

Hah....Lady Gaga Pengsan Di Universiti


Penyanyi yang popular dengan lagu Poker Face, Lady Gaga (gambar) pengsan di bilik persalinan beberapa minit sebelum dia membuat persembahan di Universiti Purdue, Indiana kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
 
Doktor yang merawatnya kemudian meminta dia membatalkan persembahannya itu.

Dia kemudian menghantar mesej kepada peminat-peminatnya di laman web Twitter dengan berkata: "Saya menangis selama beberapa jam. Saya seperti membuatkan peminat-peminta saya berasa kecewa.


"Satu jam sebelum persembahan itu, saya berasa pening kepala dan menghadapi masalah dengan pernafasan."
Menurutnya, anggota-anggota paramedik telah memberikan rawatan kepadanya.

Lady Gaga berkata, anggota-anggota paramedik memberitahu, jantungnya berdenyut tidak sekata kerana masalah kepenatan dan penyahhidratan.

"Saya dapat mendengar peminat-peminat saya menyorak dari bilik persalinan saya.

"Saya telah merayu supaya saya dibenarkan muncul di pentas," katanya di laman tersebut.

Menurutnya, pentasnya mempunyai peralatan mekanikal menyebabkan ramai orang bimbang jika dia membuat persembahan.

"Saya berasa amat kecewa. Saya pernah membuat persembahan semasa dijangkiti demam selesema dan sakit tekak.

"Saya berharap anda (peminat) akan memaafkan saya," kata Lady Gaga. - Agensi..KOSMO

No comments: