Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Monday, January 18, 2010

Malang Betul.....Video Lucah Lindsay Lohan Bakal Ditayang Di Laman Siber


Siapa sahaja yang tidak menggigil ketakutan apabila rakaman video seks yang menjadi simpanan peribadi diri akhirnya ditemui oleh orang lain lebih-lebih lagi orang yang asing dengan kita.

Itulah dilema yang dihadapi oleh penyanyi dan pelakon muda Hollywood, Lindsay Lohan apabila video seks miliknya dengan durasi 47 saat bakal ditayangkan kepada umum di laman-laman siber.

Pelakon filem Mean Girls yang kini sedang melibatkan diri dengan projek dokumentari perdagangan kanak-kanak di India untuk siaran stesen televisyen BBC dikatakan mula tidak keruan.


Menurut sumber kepada akhbar Daily Mirror, video singkat itu memperlihatkan rakaman Lindsay dan pasangannya melakukan hubungan seks dengan pelbagai aksi termasuk berhampiran sebuah pintu.

"Nasib Lindsay sungguh malang kerana dia baru saja berazam memulakan tahun baru 2010 dengan lebih baik berbanding sebelumnya terutama dalam kerjaya seni.

"Kalau benarlah video seks kepunyaannya disebarkan dengan meluas di Internet melalui laman sesawang tidak rasmi maka Lindsay dan peguamnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi.

"Sebarang tindakan undang-undang juga tidak boleh dilakukan. Nampaknya hidupnya jadi tidak menentu selepas ini," katanya.

Majalah porno terkenal, Hustler ditawarkan sejumlah wang lumayan untuk mendapatkan hak eksklusif video tersebut.

Sumber menambah: "Lindsay cukup kecewa dengan perkhabaran tidak terduga itu.

"Tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh Lindsay sekarang melainkan berusaha sedaya-upaya untuk memulihkan kembali reputasi yang tercalar."..petikan:KOSMO

No comments: