Salam semua...Jom dapatkan pelbagai produk terbaru yang tengah HOT HOT!!! di pasaran. Jangan lepaskan peluang untuk memilikinye.

Harga ditertera disetiap entry belum termasuk postages kecuali dinyatakan 'termasuk postages' or 'free postages'.

Sebarang pertanyaan bolehlah email ke melurputih123@gmail.com.

Sunday, December 27, 2009

Awal Tertekan Hingga Tak Mampu Beri Sampel Air Kencing

“Memang saya ada di situ (Bukit Bintang) atas jemputan Scha,” kata Awal Ashaari, 28, ketika sidang media khas berhubung dakwaan pelakon dan pengacara popular itu enggan membuat ujian air kencing semasa serbuan di Rootz Club, Bukit Bintang awal pagi kelmarin.

Menurut Awal, dia dijemput bagi meraikan Hari Jadi kawan kepada pengacara dan pelakon Scha Al-Yahya yang kebetulan baru tiba dari Melbourne, Australia di Restoran Teeq Brasserie, Lot 10, Bukit Bintang.



Awal menganggap dia telah melakukan satu kesilapan apabila menukar fikiran dalam masa yang singkat.


“Saya datang awal sedikit dan tidak kenal siapa kawan Scha itu. Sementara menunggu Scha, saya lepak seketika di Rootz Club.

"Sebenarnya, saya berada dalam situasi yang salah dan bukannya berniat untuk bersuka ria di kelab malam itu.


Pengacara program Sehati Berdansa ini juga akui tertekan dengan pihak media yang menjerit namanya sehingga tidak mampu memberikan sampel air kencing itu dan ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Saya beritahu tak boleh (memberikan sampel air kencing) dan tunggu juga. Dalam masa yang sama ramai juga media yang menjerit nama saya.

“Saya juga dihimpit dan diasak oleh mereka seolah-olah saya seorang hero. Tetapi saya tetap pegang botol (sampel air kencing) dan cuba lagi kerana lelaki (polis) di hadapan saya kata cuba lagi.

“Saya rasa mungkin saya tidak dapat (memberikan sampel air kencing) kerana tertekan dan tidak pernah alami insiden seperti ini.

“Saya mengalami tekanan dengan teruk sehingga mencuba beberapa kali tetapi tidak berjaya..selepas itu, mereka kata kalau tak boleh, mereka mahu bawa saya ke IPK Kuala Lumpur. Jadi, saya terus kata tak boleh.

“Apabila dibawa ke balai, akhirnya saya berjaya memberikan sampel air kencing selepas minum tiga botol air dan ujian itu didapati negatif,” kata Awal....sumber:mstar

p/s: Macam2lah...memang heboh psl mereka dua ni...kdg2 boring dgr.

No comments: