Sumber:mstar
Aktor dan pengarah muda, Syamsul Yusof pernah melalui episod duka apabila kisah cintanya dengan aktres Diana Danielle putus di tengah jalan, hujung tahun lalu.
Namun, kekecewaan itu sama sekali tidak mematahkan semangat dan keinginan Syamsul untuk bercinta lagi. Hari ini, jejaka berusia 25 tahun ini mengakui hatinya kembali dimiliki oleh seseorang.
Namun beliau, kalau boleh tidak mahu lagi bercerita mengenai kisah peribadinya apatah lagi menyentuh soal cinta.
"Kalau boleh, saya tidak mahu buka mulut lagi tentang perkara peribadi. Saya tidak mahu isu sebegini mengganggu privasi dan karier saya. Namun, saya akur dan menghormati tugas media."
"Memang saya akui hati saya kini dimiliki oleh seorang gadis. Kami sedang menyelami hati budi masing-masing dan setakat ini, kami serasi bersama," ujar Syamsul ringkas.
p/s: Minahkepoh doakan moga bahagia selalu.
No comments:
Post a Comment