SUDAH menjadi isteri dan bergelar ibu namun itu bukanlah titik terakhir untuk Katie Holmes terus menjadi kegilaan peminat lelaki. Terbaru, nama isteri aktor terkenal, Tom Cruise ini kembali hangat apabila tiba-tiba pemenang tempat kedua program pencarian bakat United Kingdom, Olly Murs mengakui sangat terpesona dengan kecantikan Katie.
Dalam satu kenyataan berani Olly kepada Contactmusic, dia mengakui pernah jatuh cinta dengan Katie.
Tambah penyanyi berusia 25 tahun itu juga, Katie seorang wanita sangat menarik dan boleh mencairkan hati mana-mana lelaki.
"Dia sungguh memikat hati dan kerana terlalu meminatinya, saya masih menyimpan semua koleksi video drama Dawson's Creek sampai ke hari ini," kata Olly.
Olly kini kembali solo setelah berpisah dengan teman wanitanya, Fergie yang baru berkahwin...KOSMO
No comments:
Post a Comment