MENJADI anak kepada pelakon jelita, Sharmila Tagore dan adik kepada Saif Ali Khan, bukan sukar untuk gadis cantik Soha Ali Khan untuk menembusi pasaran filem Bollywood.
Bagaimanapun, Soha tidak pernah terfikir untuk terjun dalam dunia lakonan seperti mana tradisi ahli keluarganya yang lain.
Kata Soha, orang di sekeliling seolah-olah memaksanya untuk menjadi pelakon kerana nama keluarganya yang cukup gah dalam industri filem Bollywood.
“Saya lebih serius untuk memilih kerjaya lain seperti pegawai bank. Tetapi selepas desakan demi desakan akhirnya saya tidak dapat lagi menepis menjadi sebahagian daripada industri hiburan,” katanya.
Desakan yang dimaksudkan Soha adalah apabila dia bersetuju berlakon dalam filem pertamanya, Dil Maange More....petikan:KOSMO
No comments:
Post a Comment