Penyanyi kontroversi, Lindsay Lohan sekali lagi menjadi tumpuan media apabila beliau disoal-siasat polis selepas sebuah jam Rolex bernilai AS$35,000 (RM112,000) dilapor hilang.
Sumber lain mendakwa satu daripada jam yang hilang kemungkinan besar dipakainya.
Peguam Lindsay bagaimanapun menegaskan tuduhan itu tidak berasas sama sekali.
Insiden ini dilapor hanya 24 jam selepas bapanya, Michael Lohan yang ditemani polis menyerbu ke apartmen didiaminya di Los Angeles. Michael menegaskan Lindsay, 23, tidak layak memelihara adiknya, Ali, 16, kerana beliau ketagihan pil penahan sakit.
“Ali didedah kepada gaya hidup liar dan Lindsay tidak layak menjadi penjaganya kerana beliau sendiri tidak dapat mengatur hidupnya,” katanya.
Lindsay bagaimanapun menempelak tindakan Michael dan mendakwa bapanya itu pernah mengugut ingin membunuhnya. -metro
No comments:
Post a Comment