AKTRES Tara Reid telah membatalkan perkahwinannya. Dia yang berusia 34 tahun sebelum ini bercadang untuk berkahwin dengan usahawan Internet, Michael Axtmann pada bulan Mei ini selepas bertunang secara mengejut.
Namun, rancangan itu kini telah dibatalkan. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pelakon itu: "Tara Reid telah mengesahkan bahawa dia tidak akan melangsungkan perkahwinannya pada 22 Mei nanti."
Awal minggu lalu, Tara telah mengubah status hubungannya di laman sosial Facebook kepada bujang sehingga menimbulkan spekulasi bahawa perkahwinan itu telah dibatalkan.
Hanya pada bulan lalu Tara memberitahu mengenai perkahwinannya bahawa dia akan kelihatan seperti seorang puteri pada hari istimewa itu.
Katanya: "Saya akan kelihatan seperti seorang puteri dalam gaun rekaan Rani dari butik St. Pucchi. Saya mahu gaun perkahwinan saya kelihatan seperti dalam cerita dongeng."...petikan:KOSMO
No comments:
Post a Comment