NAMA penyanyi pop juga aktres popular dari Korea, Choi Sulli atau lebih dikenali sebagai Sulli, 26, tiba-tiba mencetuskan kejutan hanya berpunca daripada catatannya di dalam diari yang ditulisnya semasa remaja.
Sekadar gambaran, antara kandungan catatannya tertulis: 'Kenapa semua orang memberitahu bahawa saya sangat cantik. Betulkah saya secantik yang dikatakan mereka itu?'
Sulli mencurahkan perasaan malunya berhubung penyebaran kandungan diarinya dalam satu temu bual bersama agensi berita Newsen.
"Saya sangat malu dan terkejut selepas mengetahui perkara itu. Sebenarnya, sudah banyak ingatan masa kecil saya terpadam.
"Seingat saya, saya tidak pernah menulis perkara seumpama itu. Apabila ia diperkatakan semua, ia sangat menggelikan hati," katanya.
Menafikan pertanyaan wartawan tentang cita-citanya mahu bergelar bintang sejak kecil, tambah Sulli: "Saya tidak pernah berangan-angan mahu menjadi penyanyi atau artis.
"Saya juga langsung tidak berbakat. Saya lebih berminat mahu menjadi pelukis atau tukang masak, tetapi mula berlakon bagi memenuhi permintaan ibu. Fizikal dan rupa yang saya ada hanyalah bonus."..petikan:KOSMO
No comments:
Post a Comment