PENYANYI Robbie Williams dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk menyediakan dokumen tentang perjanjian sebelum perkahwinan.
Dia yang popular dengan lagu Bodies itu telah membuat keputusan untuk mendapatkan jaminan undang-undang yang mensyaratkan aset pasangan yang berkahwin akan dibahagikan secara adil jika pasangan itu bercerai.
Semua itu dilakukan sebelum dia berkahwin dengan tunangnya, Ayda Field. Menurut satu sumber: "Robbie dan Ayda sedang hangat bercinta tetapi ini adalah dunia realistik. Pasangan selebriti selalunya berdepan dengan tekanan apabila berkahwin.
"Kedua-dua ibu bapa mereka sudah bercerai dan mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko masa atau wang yang boleh menyakitkan hati. Jadi kontrak praperkahwinan itu adalah satu tindakan bijak."
Penyanyi berusia 36 tahun itu terdesak untuk berkahwin dan dipercayai membuat perancangan perkahwinan dengan Ayda, 30, dalam satu majlis kecil hujung tahun ini.
Tambah sumber itu kepada Daily Star: "Mereka tidak mahukan perkahwinan mega dengan kehadiran wartawan. Jadi adalah penting untuk majlis itu berlangsung secara peribadi dengan kehadiran mereka yang rapat."...petikan KOSMO
No comments:
Post a Comment